Pages

Friday, April 20, 2012

Live from EGYPT : Surat Adik Buat Kakak


(maaf, entry ini tidak diletakkan sebarang gambar)
pastikan soundtrack blog berfungsi !

Bismillah..

.....................................................

Hati…

Janganlah sedih. Kita terus yakin ya..

bukankah Allah telah melafazkan pada Surah An-Nur ayat ke 26 yang bermaksud
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Wanita yang tunduk itu memujuk lembut.

Hati..

Tahukah engkau, betapa tabahnya Siti Sarah menunggu anak pemberian Tuhan. Dia wanita tercantik di zamannya, malah berkahwin pula dengan seorang Nabi yang sangat mulia. Begitu juga dengan Nabi Zakaria, begitu mahu seorang anak namun tidak juga dikurniakan-Nya.

Adakah mereka menafikan takdir Pencipta? 

Adakah mereka lemah berputus asa?

Wanita yang tunduk terus itu memujuk hatinya.

Tidak wahai hati. Mereka tidak begitu. Tidak sama sekali. Bahkan mereka lebih kuat berteguh pada jalan-Nya. Bahkan mereka lebih rapat pada Yang Menentukan ini semua. Bahkan wahai hati. Maka, janganlah kau bersedih. Kita terus yakin ya..

Wanita yang tunduk itu tersenyum palsu. Jelas benar dia menyembunyikan duka. Matanya berkaca.

Hati..

Allah sedang berbahasa dengan kita. Tinggal kita yang mahu mencari hikmah di sebalik semua. Hanya kita sahaja perlu menerima dengan jiwa yang besar. Kita terus kuat ya..

Bibir wanita yang tunduk itu digetap sedikit. Perkataan demi perkataan yang keluar semakin menghirisnya. Mata yang bergenang dari tadi akhirnya tumpah jua airnya.

Hati..

Isk..isk.. janganlah menangis hati. Kita kena kuat. Kita jangan sedih. Kita mesti kekal percaya. Isk..isk.. wanita yang tunduk itu tidak dapat menahan lagi gelodak jiwa yang disimpan sekian lama. Tersedu dia menzahirkan tangis. 

Isk..isk…
Isk….isk…..dia terus menangis.

Tangannya yang ditelekupkan di muka diangkat perlahan. Pipinya basah sekali dengan air mata. Air jernih yang tidak henti-henti turun laju membasahi pipi. Wanita yang tunduk itu menadah tangan, masih dalam tangisan yang sangat meruntunkan hati.


iskk...iskk...

Ya Allah..
Kau sahaja tempatku mengadu. Telah puas aku pujuk hati ini ya Robbi. Aku tidak mahu bersedih lantaran apa yang Kau uji kini. Di bangku sekolah lagi, aku menjaga diri. Sangat menjaga. Kau saksikan bukan? Tiada seorang lelaki pun aku benarkan masuk dalam hati ini. Tiada seorang pun. Aku kekalkan kesucian hati ini buat dia yang bergelar suami. Aku yakin pada-MU Robbi.

Iskk..iskk…tangisannya semakin menjadi-jadi. 
Terlalu sedih mengenangkan nasib diri di hadapan Illahi.
Ya Allah !! Aku tidak pernah langsung mengotorkan perasaan ini. KAU sahaja sebagai saksi. Aku tutup hati malah memagar diri ini dari mana-mana lelaki. Aku yakin KAU akan sampaikan jua dia padaku nanti. Aku yakin kisah cinta kami akan bermula. Aku yakin dia juga bersedia seperti aku bersedia. Aku yakin dia akan menjemputku dengan penuh rasa cinta. Aku yakin itu ya Robbi! Aku yakin dia juga sedang menanti..iskk…iskk… aku yakin!

Isk..iskk…berhamburan air matanya. Mengadu dengan penuh syahdu. Jiwa ini seperti mahu pecah dengan harapan yang menggunung pada Yang Maha Berkuasa. 

Iskk..iskk..

Wanita yang tunduk itu mengesatkan air mata. Merah matanya dengan tangisan hiba. Begitu runtun jiwa membawa hati yang lara di hadapan Tuhannya.

Keyakinannya sangat teguh pada Illahi. Malah keyakinan itu telah sekian lama dipasak dalam nurani. Membuahkan prinsip yang takkan goyah sesekali.

Itulah dia, wanita yang tunduk.

Allah….

…………………………………….

21 APRIL TIBA !!!

hehe...

Eh jap2..kenapa semua nie? Eh..muramnye alahai...? Kenapa nie weh??

Amboihh..sampai berkerut-kerut muka tuh..mengapa nie?

Apa?

Kisah di atas?

Laa….

Alahai lembutnya hati korang nih…sedih ye…alala…dah2..jangan sedih-sedih..jom gembira bersama saya! (sambil lompat bintang sekali)

Dah la tu…kesat air mate tu..nah..(sambil hulurkan tisu)

Hmm..hadirin sekalian. Hari ini, ketika entry ini dipostkan. Malaysia telah pun masuk 21 April. Itu bermakna, hari ulangtahun kelahiran kakak saya! Her birthday! ^^ (sambil bertepuk tangan)

CT Hafizah Binti Sayujan.

Kakak ketiga dalam keluarga. 

Berfikir tentangnya sudah pasti saya tersenyum. Dia, adalah wanita yang sangat saya hormat. Sangat saya sayang juga.(sambil tabik spring 3 kali)

Bila saya berbicara tentang wanita yang menjaga diri, yang memegang prinsip, yang memagar diri, yang sangat berhati-hati, sudah tentu akan terbayang wajahnya. Demi Tuhan yang memegang jiwa saya, kalian pasti akan dapat melihat ini semua jika mengenalinya.

Tapi, saya tersenyum bukan sebab itu. Hehe..
saya tersenyum apabila terkenang dia mula berleter.

Jika dia berleter kepada saya, syarahnya sepanjang tembok China!

Fikriiiiiiii !!!

Dan mulutnya akan berhenti hanya setelah dia puas hati. -__-

Haha..alahai rindunye aku kat die….

Dia sangat menjaga saya. Sering dia cuba membaca mesej-mesej dalam handset saya. Jika jumpa yang tidak enak, dia akan terus menegur dan kembali…

err..berleter. =,=”

Sebelum saya terbang ke Mesir ini, dia menghulurkan sebuah buku putih.

“Buka buka ini setelah tiba di sana nanti. Tulislah segala ilmu yang kamu dapat..”

Itu pesannya.

Pada helaian pertama, ternyata ada kata-kata nasihatnya. Ketika saya membaca, seolah-olah wujud suaranya di telinga saya. Dia nasihatkan tentang penghormatan hidup ini. Bahawa semalam itu telah jadi kenangan dan esok pula hanya harapan, tetapi hari yang sedang saya jalani ini adalah kenyataan. Berbuat baiklah! Itu erti hidup ini..

Kita hidup untuk berbuat baik. Sangat lembut dia menasihati.

Okay, saya menangis gak kang...haih~

Kak De..di hadapan seluruh pembaca-pembaca blog ee nie…(walaupun baru 14 follower..-___-)
Maka ee mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat yang kesekian kalinya. Bertambah lagi satu angka dalam lembaran hidup Kak De dan bertambah dekat jarak masa pertemuan dengan Ilahi. 
Di kejauhan ini, ee mendoakan yang terbaik buat diri Kak De. Sungguh, hanya Allah jadi saksi betapa adikmu ini merindukanmu. Hanya Allah tahu betapa adikmu ini tersiksa dengan jarak yang memisahkan kita. Hanya Allah tahu betapa hati ini mahu mendengar nasihat dari suaramu. Hanya Allah yang tahu. Dan ee mohon, Allah beritahumu..

 “ ee sayangkan kak de…”

Jaga dirimu. Hari Lahir ini, ee tidak mahu beri hadiah sebaliknya ee yang mahu minta hadiah.



Hadiahkanku abang ipar ya ! ^___^

Selepas membaca ucapan ini lihatlah bintang dan langit, dan pandangan kita akan bertemu.

Semoga Allah Merahmatimu..
wahai wanita yang tunduk…



Adikmu,
Muhammad Hasan Fikri Bin Sayujan
Cairo, Egypt



okay, ada gambar juga. -___-

Wednesday, April 18, 2012

antara UJUB, RIAK dan TAKABBUR ?


Bismillah..

Bimbang. Tiada apa lagi yang perlu dibimbangi bagi mereka yang ‘bercakap’ melainkan dia mengotakan segala apa yang dibicara. Berat. Tetapi apa yang ada, wajib aku sampaikan jua. Semoga Allah redha dan terima.

………………………………

Sedang aku ber’tweet’ di laman sosial twitter, maka terjatuh aku dalam ruang diskusi tentang takabbur dan riak. Dan dia yang bernama cahaya kehidupan itu meminta aku untuk memanjangkannya ke dalam blog ini. Aku cuba ya.

……………………………..

 Okay, ayat normal semula ! hihi.. saya suka mulakan tulisan saya dengan penggunaan ayat formal dan mempunyai unsur-unsur Saifuddin Jalis sedikit. Kenal Saifuddin Jalis? Tidak? Dia merupakan watak ciptaan penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid. Saifuddin lebih mahsyur dengan gelaran Laksamana Sunan, Pendekar Bertanduk Dua. Cewahh..eh? kenal pulak? Ohh..kena sebut Laksamana Sunan baru kenal? Okay-okay..noted! :D

Maka, mari mula.

Saya terangkan melalui bahasa saya dan bukanlah bahasa kitab. Jadi jangan semak tulisan ini dengan kitab-kitab, cukup ambil pointnya sahaja.

Bezakanlah takabbur dengan riak. Dari segi bahasa sahaja telah lain maksudnya. Apa yang selalu menjadi kekeliruan kita, ialah untuk membezakan 3 penyakit hati ini iaitu ujub, riak dan takabbur. Ya, terdapat perbezaan antaranya.

Jika yang dibicarakan adalah berkenaan dengan UJUB, maka kita perlu untuk memahami bahawa ujub ini timbul dalam hati. Ujub ini adalah lintasan-lintasan kecil yang membisikkan bahawa ‘aku sedang berbuat baik’, ‘aku hebat mampu berbuat sedemikian’, atau ‘wah, baik juga rupanya aku.’

Selalunya, ujub ini hadir sebegitu.

 Maksud saya, ujub hadir ketika kamu melakukan kebaikan.

Tiba-tiba, minggu itu kamu berterusan menjadi orang pertama yang masuk ke surau pada waktu Subuh, hati-hati sahabat, bimbang akan hadir ucapan hati sebegini,

“wah, mantap jugak aku rupanya, direct bangun paling awal nie.”

Maka, ujub telah menjelma.

Juga, hati ini akan cenderung untuk memuji diri sendiri terhadap kelebihan yang ada. Ketika mempersembahkan jawapan di papan putih, ketika memberi ucapan di atas pentas, ketika azan dan menjadi imam, ketika mengalunkan bacaan Quran malah ketika kamu menaip status di Facebook atau tweet di Twitter.

“eh, ramainya like status aku, hebat juga ya, baru 5 minit sudah 100 like.”

“bukan calang-calang, setiap tweet aku pasti saja ada yang retweet atau favourite”

Itu, ujub.

Beza pula dengan RIAK. Riak merupakan perbuatan kamu yang menunjuk-nunjuk. Secara mudahnya, ketika kamu melakukan amal atau apa sahaja, ketika itu hadir dalam hati niat untuk menunjuk. Boleh rasa sendiri.

Bermakna, riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah pulau yang hanya kamu di situ.

Kamu melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.

Nampak? Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan kamu hanya menunjuk-nunjuk.

Orang yang riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila tiada, dia tidak buat. Maksud saya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. Contoh di asrama, selalunya dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di biliknya sahaja.

Itu, riak.

Tetapi kena ingat, pada orang istiqomah pun riak ini berlaku.

Contoh di surau lagi, setiap malam Khamis akan diadakan qiamullail, setakat ini kamu masih tidak terlepas lagi tetapi minggu itu kawan ajak tidur di rumahnya. Kamu menolak semata-mata tidak mahu terlepas qiamullail itu. Maklumlah, seluruh penghuni tahu kamu masih tidak terlepas lagi. Soalan saya, tidak boleh qiamullail di rumah kawannya saja? Jika dia beralasan di rumah kawannya payah nak bangun dan tiada ‘skuad’ yang mengejutkan seperti di asrama, itu lain cerita. Tetapi, selalunya dia bangun sendiri dengan menguncikan jam dan dia mampu sahaja bangun awal walau di mana pun, mengapa tidak tidur sahaja di rumah kawan dan qiam sahaja di sana?

Jelas riak di situ.

Sekarang, takabbur. Ini juga perbuatan hati, dan merupakan penyakit. Seperti ujub, cuma takabbur ialah berasakan kamu adalah lebih hebat dari lainnya. Ujub, kamu puji diri sendiri. Takabbur, kamu bandingkan kamu dengan yang lain dan tinggikan dirimu. Lagi advance!

Dan juga lagi teruk.

 Kamu lihat, semua orang adalah lebih rendah darimu dan kamu lebih mulia.  Bayangkan, kamu merupakan seorang pemidato yang hebat malah pernah menjuarai di peringkat kebangsaan. Satu masa, kamu menghadiri kursus pidato bersama kawan-kawan yang baru sahaja berkecipung dalam bidang ini. Jika wujud rasa dalam hati bahawa kamulah yang paling hebat, maka takabbur mula menguasai. 
Natijahnya, kamu berasa tidak puas hati apabila orang lain yang menjadi ketua dan bukannya kamu. Kamu berasa, bukankah kamu yang memiliki pencapaian yang paling tinggi antara yang lainnya? Mengapa dia pula yang ketua? Ketika ada yang menegur kamu bahawa kamu salah pada sekian-sekian, kamu melenting dan tidak mahu terima malah tergamak berasa yang menegur itu memandai-mandai. Maklumlah, kamu peringkat kebangsaan, dia baru nak mula.

Itu, takabbur.

Juga berlaku takabbur ini jika terdapat perbezaan bangsa, warna kulit dan negara. Di Malaysia, di negara sendiri, tiba-tiba seorang warga asing dari Bangladesh menegurmu kerana memotong barisan di ATM. Kamu pekakkan telinga dengan anggapan jijik dan selekehnya orang yang menegurmu itu.

Jelas benar takabbur di situ.

Takabbur ini sememangnya rasa dalam hati. Jika yang tebal sangat tu, mungkin sehingga ucap dengan lisan.

”kau siapa nak tegur aku? Kau baru ijazah, aku dah Master kot..”

Sudahlah meninggi diri, merendahkan orang pula.

TUNTASNYA, ini semua penyakit hati. Gambaran yang saya tulis ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa buruknya sifat ini dan pelakunya. Belum lagi saya bawa ayat-ayat Al Quran berbentuk amaran dan hadis-hadis Nabi berupa ancaman kepada mereka yang bersifat dengan sifat-sifat ini.

Jujurnya, saya berasa saya ini sampah ketika membaca hadis nabi tentang ketiga-tiga penyakit hati ini. Syaitan itu sangat licik. Kadang-kadang tanpa sedar bahawasanya kita telah bersifat dengan ujub, riak, takabbur dan penyakit hati yang lainnya.

Ketika melangkah masuk untuk beribadat, kamu mula berasa kamu hebat. Itu UJUB. Masuk pula seorang kawan, kamu sengaja lamakan ibadat itu atau zahirkan ibadat itu dengan suara atau sebagainya, itu RIAK. Ketika melihat kawan itu tidak ibadat seperti kamu, kamu berasa kamu lebih hebat dan mulia darinya, itu TAKABBUR.

Sia-sia sudah ibadatmu itu.

Malah, Allah dan Rasul melaknatnya.

Entry ini, cukup saya kenalkan sahaja. Untuk akibat dan cara mengatasinya, mungkin di lain masa. Banyak lagi sebenarnya. Bagaimana guru para malaikat boleh menjadi makhluk paling hina dan terusir juga guru agama, para syuhada serta qari Quran diheret masuk ke dalam neraka. Semuanya bahana penyakit hati ini.

'Moga saya, moga saya, moga saya dan kalian dapat mengamalkan apa yang baik, dan meninggalkan apa yang buruk. 



HATI - HATI JAGA HATI ! ^^


Wallahu Taala ‘Ala ‘Alam.


Monday, April 16, 2012

imtihan : Takyah nak cuak sangat la kan..


 ( PERHATIAN ! ENTRY KALI INI ADALAH KHUSUS UNTUK SEORANG PELAJAR YANG BERNAMA MUHAMMAD HASAN FIKRI BIN SAYUJAN. KHUSUS UNTUK DIA ! dan anda, dijemput baca bersama.. )


Bismillah..


Tiba-tiba sahaja rasa otak kosong. Rasa macam tak belajar je tajuk nih. Pastu tiba-tiba rasa berombak dada sebab berdebar. Dengan ancaman tak dapat masuk Universiti, dengan harapan ibu bapa, dengan keputusan semester lalu yang tidak seberapa, arghhhhh..semua ini menyesakkan dada ! yang perempuan, mula mengeluarkan air mata. Yang lelaki, mula jerit tak tentu hala. Semuanya, disebabkan kau, exam..imtihan..periksa… L

salah satu efek khas exam ialah melaungkan azan tiba-tiba.
…………………..

Sudah lah…aku sudah penat.

………………..

Hadirin hadirat yang dihormati..(duduk, minum seteguk, berdiri semula, rujuk gambar di bawah)

Bagi seorang pelajar, perkara yang menjadi keutamaannya selain menggosok uniformnya hari Ahad malam sudah tentulah, peperiksaan. Di Bentong, kami sebut exam. Di selatan British, mereka panggil imtihan. =,=” Namun, apa jua perkataannya, perkataan inilah yang sering menjadi musuh kepada ketenangan dan relax. Sejak wujudnya perkataan ini di zaman pemerintahan Raja Rom ke IV (buka buku sejarah lawak kampus), pelajar-pelajar tidak lagi tenang dan boleh relax sewenangnya. Malah, ada yang sehingga membawa kepada kematian bahana perkataan PEPERIKSAAN ini..(muka berkerut-kerut dan serius)
Jadi, bagi entry kali ini, saya akan membawa anda menyelami dan mendalami satu kaedah yang dinamakan 

''Takyah Nak Cuak Sangat La Kan..Hihi"

Begitulah nama kaedahnya.

Sejujurnya, sistem peperiksaan ini tidaklah saya setuju sepenuhnya. Tetapi tidak mengapa, siapalah saya untuk berbicara soal ini. Namun, apa yang saya ingin tekankan, jika anda telah niatkan seawal melangkah masuk ke pusat pengajian adalah untuk berjaya dalam peperiksaan, maka saya sarankan berhenti, dan tukar niat itu. Bimbang yang diusaha bagai nak gila itu, rupanya sia-sia semata.


duduk, minum seteguk, berdiri semula -.-

Sebab?

Perkataan belajar itu anda telah salah gunakan. Belajar itu maknanya timba pengetahuan, tuntut ilmu. Tiada langsung sabit kepada berjaya atau gagalnya dalam peperiksaan. Di mana kaitannya?? Benar, sememangnya peperiksaan boleh dijadikan pengukur bagi ilmu pengetahuan tetapi biarlah kekal sebagai PENGUKUR, mengapa letakkan sebagai TUJUAN. Inilah yang menjadi salah faham terbesar kita sebagai pelajar! Di mana letaknya ketinggian ilmu jika hanya diniatkan untuk peperiksaan semata-mata?? Di mana prinsip sebagai pelajar jika hanya mengejar gred dan pointer yang luar biasa?? Padahal kita maklum, itu semua main atas kertas belaka..

Sebab itu, jangan pelik kalau yang straight A itu hanya jadi boneka manusia apabila keluar menghadap dunia. Dan yang lebih menyedihkan, menjadi hamba pada syaitan durjana. Dulunya bertudung, tetapi straight A punya pasal, rambut pun mula berwarna. Dulunya hebat berbicara tentang tawakkal dan usaha, tetapi bila berjaya, sanggup pula melawan fitrah manusia. Di mana ketinggian ilmu jika dinilai pada peperiksaan semata-mata?

Di mana?

Sepatutnya, semakin kita hebat dalam sesuatu bidang, semua orang dapat merasainya. Bukan sahaja berasa dengan kehebatan kita, tetapi turut berasa hebatnya bidang itu. Itu ilmu. Semua ilmu Allah adalah mulia, meskipun bukan bidang agama. Jika kita dapat merasai betapa hebatnya fiqh islami dan ulama’-ulama’nya, mengapa kita tidak rasa begitu pada ilmu matematik dan ahlinya.

Tahu tak mengapa?

Sebab ulama’-ulama’ kita cukup ikhlas dalam menuntut ilmu dan menyebarkannya. Cukup ikhlas. Ditambah pula dengan jalan yang ditempuh bukanlah mudah malah bagi saya, dahsyat! Jika ikhlas, maka akan terzahir insyaAllah. Tak perlu pun pada ayat-ayat,

 “ikhlas dari hati saya..” 

atau pun,

 “saya sangat ikhlas ni..”

Tak perlu pun, sebab Allah sendiri akan zahirkan pada diri insan lain. Percayalah. 

Jadi, jika kita tidak ikhlas dan salah pada niat, maka adakah kita akan berjumpa lagi dengan insan unggul seperti Imam Syafie yang sangat hebat dalam ilmu Feqah, atau Khawarizmi yang sangat terkenal dalam bidang matematik? Mereka buat kita kagum bukan sahaja pada kehebatan yang ada dalam diri mereka, malah kagum juga pada bidang yang mereka kuasai.
Itu kuasa IKHLAS !

JIKA TIDAK IKHLAS?

Kita yang menjadi punca. Punca fitnah. Ada ibu bapa takut untuk hantar anak mereka dalam bidang perubatan, takut akhlak tidak terjaga katanya. Ada juga yang takut hantar belajar agama, sebab ada yang pulang selepas 5-6 tahun merantau, tetapi masih takut menjadi imam. Semoga Allah jauhkan diriku menjadi fitnah. L
………………………………………..

TUNTASNYA, peperiksaan bukanlah segalanya. Malah, sepatutnya sistem peperiksaan ini diletakkan sebagai titik mula. Titik mula untuk berjaya. Tidak semestinya yang tidak sambung ke universiti itu bodoh dan yang tidak dapat kerja itu tak berguna. Kita semua punya bidang masing-masing. Ada kelebihan dan kecenderungan tersendiri. Jika Bill Gates yang gagal periksa itu boleh kaya mengapa kita tidak? Ustaz Azhar Idrus tak masuk Universiti pon untuk mempunyai pengikut dan peminat yang berjuta-juta.
See? If ALLAH will….

SEKARANG, kita sudah masuk ke fasa peperiksaan sudah. Letakkan tujuan semula. Baiki niat semula. Kemudian, melangkahlah masuk ke dalam dewan itu. Duduklah dengan tenang dan sebaiknya.

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU’ASSIR ROBBI TAMMIM BIKHAIR

dan.. 

Mula !

(eh..mana kaedahnya?sory, lupa tulis..hihi ==")



    

Saturday, April 14, 2012

setelah bergelar EX-TAHAP.


Bismillah..

sumber : BERNAMA

Biar di sini saja aku kongsi rasa dengan kalian. Tetapi sebelum apa-apa, biar aku jelaskan sesuatu dahulu. Dulu, ada sahabat yang menyoalkan mengapa aku seolah-olah melebihkan Matrik Gambang. Aku tersenyum. Ya benar, sememangnya wujud seseorang di situ yang membuatkan aku begitu 'concern' pada matrik, tetapi itu bukan utamanya. Kita makruf bahawa matrik merupakan pusat pengajian yang paling ramai ahli batch kita ada dan selepasnya barulah UITM Jengka. 2 tempat ini sememangnya menjadi tumpuan aku untuk mengumpul berita tentang sahabat-sahabat. Jadi, jangan pula institusi yang lain terasa ya, kalian tetap di hati, cuma agak sukar memandangkan komuniti yang kecil.. :)

sumber : sinar harian
                                                      ............................................

Seterusnya, izinkan aku menzahirkan sejuta rasa gembira buat kalian ! Sangat ! Jamuan yang kalian aturkan hari ini sangat mengujakan hati. Aku di sini sangat tersentuh melihat keakraban ukhwah yang begitu jelas di antara kalian. Gambar-gambar itu seolah-olah memancarkan seribu satu warna tautan ukhuwah dan jalinan kasih. Aku tersenyuM sendirian menatapnya.
......................
Okay, dah ! aku dah naik bulu roma tulis puitis sangat gitu. Nak jatuh kerusi pon ade. Hehe..so sebelum ada yang muntah better aku straight to the point. To everybody here..(sambil berdiri dan tepuk tangan dua kali)..entry kali ini khusus untuk batch terbaik SMKA TAHAP yang mengikut riwayatnya batch ini batch ke 27 (2006-2010) sejak SMKA TAHAP ditubuhkan. cumanya, jika anda bukan daripada kalangan batch ini, aku mintak jugak korang habiskan bacaan sebab mesejnya sesuai untuk semua inshaAllah.

Hadirin sekalian..(membetulkan tali leher)
mengapa saya sangat menitikberatkan pertemuan sebegini? Mengapa aku sangat gembira ketika ada yang masih mengambil berat untuk mengadakan majlis seperti ini? Mengapa? (okay, macam muhasabah kem islah pulakk). Secara umumnya, korang tahu bahawa aku sangatlah mahukan antara kita semua ini tidak akan terputus contact atau persahabatan kita menjadi hambar. Korang tanyalah siapa pun, kenangan bila yang paling best? Kawan mana yang paling best? Kite semua tahu tu..bahawa sekolah menengahlah waktu kemuncak kita sepanjang pengajian. Di universiti, sudah tiada peluang untuk kita bunuh ikan dengan ABC Powder, tiada lagi peluang mahu jadikan suis lampu utama sebagai permainan, tak perlu lagi panjat siling hanya untuk merokok, tiada lagi adegan lari-lari dengan pakcik guard, tiada sudah muka tahan sakit dilibas warden, tiada, tiada ! korang try lah cari universiti yang ade semua nie bahkan jika korang cuba-cuba untuk mengulang semua ini sekalipun, aku sangat sure ‘rasa’nya tidak akan sama lagi. 

Tidak.

Dan ketika kita melalui pengalaman yang hebat ini, siapa di sebelah kita? Dengan siapa kita lalui semua ini. Bagi lelaki yang kaki fly, terbayang wajah rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam ladang kelapa sawit dahulu, bagi perempuan yang curi-curi tidak memakai stoking ke prep, terbayang wajah rakan-rakannya turut sama begitu, bagi kaki gossip, terbayang wajah gengnya yang setia membuat halaqah ketika menerima berita baru, bagi ketua pelajar, terbayang saf pimpinan yang tidak berhenti dengan mesyuarat, bagi kaki surau, terbayang muka-muka jernih sahabatnya yang lewat masuk ke kelas selepas rehat kerana solat Dhuha. Bagi sesiapa sahaja pun, pasti tidak akan dapat lupakan setiap watak dan plot ketika di sekolah menengah. Hatta, mereka yang kita benci sekalipun.

So, wajarkah, patutkah, adilkah, tergamakkah kita jika melupakan semua ini hanya dengan alasan sudah tidak bersama lagi? Wajar? Patut?

Tidak !

Habis, mengapa masih aku dengar ada yang sudah menyepi? Kenapa ada yang aku dengar cabut lari tanpa berita? Malah, yang lebih dasyat lagi ada yang tak mahu sudah jejakkan kaki ke sekolah lagi! Why? Hebat sangat ke kawan baru tu sampai lupa kawan lama?? Korang sambung belajar kat mana sampai jadi perangai habat gini neh?? London?? Oh please.
Hadirin sekalian...(nada turun semula)
Cukuplah. Mari kita berfikir semula dan muhasabah. Jujurnya, telah ada yang mula menunjukkan ke arah nak jadi sebegitu. Maksudnya, dah ade yang mule menyepi, menjauhkan diri dan sebagainya. dan yang lebih menyedihkan sanubari aku nih..bukanlah mereka yang menjuarai carta salah laku dahulu yang begini, tetapi yang tersemat di dada mereka name tag berkilau dulu..hmm..kenapa ya?
TUNTASNYA, mari kita bersatu. Jika ada di antara kita mula mengundur, kita tarik semula. Perbezaan fikrah antara kita semua bukanlah syarat untuk berpecah. Buktikan pada syaitan durjana bahawa dia perlu point yang lebih baik untuk pisahkan kita! Buktikan bahawa Batch 27 sememangnya kukuh dan teguh sehingga rambut memutih malah sehingga tanah menjemput...

Kita tetap kita.

dengarnya, mamat ini yang menjadi perancang, tabik!
mereka ini sahabatku di matrikulasi gambang, pahang.
............................................
Tak dinafikan lagi, aku cukup cemburu kalian ketawa bersama, bermain bersama, dan seronok bersama. Aku di kejauhan ini, hanya mampu tersenyum di hadapan komputer riba dan berbisik perlahan..

“Aku gembira melihat kalian gembira...”


Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah
Cairo, Egypt.
 

Blogger news

Blogroll

About