Pages

Friday, May 24, 2013

Soalan : Arghh..Roomate Saya Tidak Solat!!


Bismillah..

Soalan

Situasi 1 : dahulu Siti (21 tahun) dan Atie (25 tahun) berkawan rapat. Mereka roommate. Tapi sekarang, hubungan mereka semakin renggang akibat perselisihan faham.
Situasi 2 : hurm, setelah lama Siti perhatikan, Atie nie solat jarang-jarang, kadang-kadang tu, hanya Maghrib sahaja yang dia solat dalam 5 waktu. Namun, dia akan berkeras pada yang lain bahawa dia solat penuh. Siti bingung memikirkan.
Situasi 3 : semakin hari, semakin Siti bingung memikirkan. Bengong pun ada. Bangang on the way.
Apa yang patut Siti buat? Adakah patut Siti tegur direct? (namun, mereka ada masalah, dalam bilik jarang sangat bercakap kalau benda tak penting). Can you help me solve this problem? I need your opinion.

………………………………………………….
Ini merupakan salah satu soalan yang saya terima. Sejujurnya, setiap kali ada permintaan sebegini, saya mesti akan cakap yang saya akan taip full explaination nanti. Tetapi disebabkan kekangan masa dan kemalasan, nanti itu kekal sebagai nanti..haihh.  Teruk betul saya nie.
Namun, yang bertanyakan permasalahan nie sangat bersungguh.  Jadi, saya mesti menguatkan diri untuk bersungguh juga.

Maka, inilah pandangan saya yang dhoif ini,
Pertamanya, suka saya untuk menerangkan situasi ini terlebih dahulu. Ada 2 perkara yang saya kira menjadi tembok penghalang yang utama. Eh tidak, ada 3.

1.     Umur yang berbeza.
Perempuan sangat mementingkan soal ini. Maksud saya, tua setahun je mereka akan bahasakan diri sebagai kakak dah. Takpun ‘noona’. Jadi, apabila melibatkan soal senior-junior dan tua-muda nie, segala aktiviti komunikasi akan berubah. Sikit ke banyak ke, pasti akan berlapis cakapnya, pasti akan cover-cover dan sewaktu dengannya. Selalunya si adik yang camni, si kakak akan berkuasa penuh untuk menegur jika ada silap salah, dan kaum kakak nie ada autoriti lebih untuk menjadi naqibah atau mentor meskipun ada dalam kalangan adik lebih berilmu dan tsiqah.

2.     Simpan dalam hati.
Point yang kedua ni saya tak tau nak namakan apa. Tapi yang saya nak maksudkan, perempuan jika sudah rapat, mereka akan betul-betul rapat. Lain macam rapatnya. Sampai boleh jealous-jealous, boleh merajuk-merajuk manja, kalau tidur tu, bukan je satu katil, malah satu bantal apetah lagi selimut, siap boleh main-main rambut dulu sebelum tidur (eeuwwwww!!!). walaupun kelihatan ‘habat’ di mata lelaki, namun percayalah mereka masih normal. Masih di atas fitrah yang benar. (hope so..-,-) NAMUN, once mereka pecah hati, jangan harap nak satukan kembali. Selalunya begitu. Saya tak nafikan ada yang baik semula, saya cakap berdasarkan apa yang saya lihat sendiri selama ini. Meskipun mereka berjabat tangan semula, dan MULUT berikrar untuk lupakan masalah lalu, namun hubungan selepasnya takkan lagi sama. Jealous-jealous bertukar menjadi aku peduli apa!? Main-main rambut boleh jadi tarik-tarik rambut. Salah yang kecil bersaiz kilobyte akan dipandang besar bersaiz terabyte! Aduh.

3.     Perempuan
kami lelaki sangat mudah dalam bab nie
Tembok ketiga yang menjadi penghalang untuk selesaikan isu ini adalah sebab kedua-duanya adalah perempuan. Percayalah, kalau mereka lelaki, mudah je. Okay tu je.

Makanya, ketiga-tiga perkara ini menyukarkan keadaan. Sudahlah yang ingin ditegur itu perempuan, yang nak menegur pun lebih muda dan kedua-duanya berselisih faham.

Solusi?

Jika mahu yang powerful, kita perlu tahu dulu kedua-dua nya bagaimana. Sebabnya, perwatakan, latarbelakang, semuanya mempengaruhi. Mungkin Atie tu dari sekolah agama dan Siti tidak, atau si Siti tu tidak bertudung dan Atie bertudung. Atau mungkin keluarga Siti yang tak bertudung. Perkara-perkara sebegini sangat mempengaruhi teguran yang Siti mahu lakukan.

Cuba kalian baca semula di atas, tukang tanya ada sebut begini, “Adakah patut Siti tegur direct?”. Berdasarkan ayat soal ini, apa yang saya faham bahawa Siti masih lagi tak pernah cuba untuk tegur. Kan?
Kalian mesti ingat, hukumnya WAJIB untuk dia tegur dan ajak si Atie untuk solat. WAJIB. Kena kejut jika tidur. Berdosa jika tak buat. Jika Siti dah tegur dan ajak, barulah boleh fikirkan solusi seterusnya. Ketika itu, dia sudah pun mencegah kemungkaran, sekarang tugasnya untuk mengajak kebaikan pula. ( Al Imran: 110 )
Takkan Siti sanggup nak BERDOSA semata-mata fikirkan si Atie tu kakak dan mereka dalam masalah. 

Sanggup?

Serius simple, saya bukan kata Siti kena bersila depan Atie, duduk rapat, pegang tangan Atie, dan luahkan seikhlasnya. Kalau dapat buat, lagi bagus. Tetapi jika fikirkan masalah mereka, saya tak rasa Siti mampu. Apa yang Siti kena buat untuk tegur dan ajak untuk solat adalah, setiap kali masuk waktu, lafazkan, “kak Atie, jom solat?”. Jika si Siti kebetulan sudah solat, lafazkan, “kak Atie, Siti dah siap solat, akak pulak solat ea?” Jika si Atie tidur, WAJIB untuk kejut dia sekali, itu pun hukum wajibnya ketika di akhir waktu.

Tak mampu? Fikirkan sekali lagi, sanggup nak tanggung dosa semata-mata fikirkan tak mampu tu?

Adapun jika sudah diajak dan ditegur namun masih si Atie menolak untuk solat, ketika itu Siti sudah pun selamat dari tanggungjawabnya. Hidayah itu selama-lamanya milik Allah. Kamu tak dapat selesaikan masalah dia tidak solat tak bermaksud pun kamu akan menanggung kesalahannya. Tugas kamu, untuk tegur dan ajak. Tugas Atie adalah untuk solat. Kamu buat tugas kamu, Atie akan buat tugas dia. Jika dia tidak buat, bukan lagi salah kamu.

Sesetengah daripada kita begitu desperate dan tertekan jika apa yang kita tegur dan ajak tidak diikuti. Sehinggakan ada yang melebihi apa yang sepatutnya. Kita lebih tua, tak bermaksud kita ada hak semuanya, kita lebih muda tak bermakna kita langsung tiada hak. Apa-apa pun, kita bukanlah berkuasa untuk mengubah. Allah jua tetap berkuasa. Maha Kuasa. Jangan disebabkan kita terdesak mahukan orang berubah, kita sanggup buat apa yang tidak sepatutnya. Bagi saya, teknik memerli, meminggirkan atau sehubungan dengannya pun tak wajar. Perempuan kan, nanti mula la perli perli, pulau pulau. Siti sesekali tak wajar untuk perli  Atie soal solat nie apabila mereka berperang mulut ke, dikhuatiri Atie akan makin menjauh.

INGAT,

Ajak dan tegur.

Itu untuk step permulaan. Ya, jangan terkejut, ini baru step permulaan. Banyak lagi yang kita boleh buat contohnya Siti kena banyakkan solat dalam bilik berbanding solat di surau atau masjid, tampal artikel azab orang yang tak solat di loker kepunyaan Siti sendiri atau di pintu bilik, bentangkan sejadah untuk Atie dan macam-macam lagi.

Kepada tuan penanya, saya dah kata bukan? Seriously panjang. Sekarang dah 3 page full Microsoft word. Sebab itu bagi soalan sebegini, saya lebih suka call untuk jawab. Saya bukan rajin sangat taip menaip nie. Hehe.

Apa-apa pun, moga bermanfaat! Dan moga membantu! ^^

“ di akhirat, ada saudara yang menyalahkan saudaranya yang lain lantaran tidak mengajaknya solat ketika di dunia dulu. Saudara itu menafikan. “aku dah ajak kau 10 kali dah dulu!” Saudaranya yang lain itu masih mendakwa dengan berkata, “kenapa kau tak ajak kali yang 11?”

Fuhh.. *lap peluh di dahi*


p/s : ada perkara yang saya rasa khuatir apabila menulis bab nie. Hurm. Hurm.

Wallahu Taala A’lam.

 

Blogger news

Blogroll

About